TAHAP PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA (B2)
Siti Hajar Abdul Aziz (2009) menyatakan bahawa “ tahap
pemerolehan B2 berbeza-beza antara seorang dengan seorang yang lain.
Pemerolehan B2 dalam kalangan kanak-kanak dikatakan lebih baik berbanding orang
dewasa. Menurut beliau lagi, kanak-kanak dapat memperoleh B2 secara tidak
sengaja ketika bergaul dengan rakan sebaya yang menuturkan bahasa sasaran itu
manakala orang dewasa memperoleh B2 biasanya melalui pembelajaran secara
formal. Secara umumnya, pemerolehan B2 dapat dibahagikan kepada 5 tahap iaitu:
a)
Tahap Prapenghasilan
Pada tahap ini, penutur mungkin menguasai beberapa ratus
kosa kata B2 yang difahami oleh mereka tetapi mereka masih belum bertutur. Oleh
itu, tahap ini dikatakan tahap senyap. Penutur B2 pada tahap ini akan mendengar
dengan tekun atau hanya menyalin perkataan yang terdapat di papan putih. Selain
itu, mereka boleh memberikan gerak balas terhadap gambar atau media visual
serta boleh memahami bahasa tubuh dan pergerakan untuk menunjukkan
kefahamannya. Dalam situasi ini penutur memerlukan lebih banyak pengulangan dan
bantuan rakan penutur natif bahasa tersebut.
b)
Tahap Penghasilan Awal
Pada tahap ini, penutur mula membina pemahaman dan kosa
kata secara aktif. Didapati bahawa tahap ini mengambil masa sehingga 6 bulan.
Penutur sudah mula bertutur satu atau dua kata serta boleh menggunakan sejumlah
ayat pendek yang dapat diingatinya walaupun terdapat kesalahan dalam
penggunaannya. Siti Hajar (2009) mengemukakan beberapa aktiviti yang dapat
diaplikasikan kepada penutur pada tahap ini seperti:
·
Menggunakan
gambar atau bahan sebenar sebagai bahan pengajaran atau untuk sokongan kepada
pertanyaan
·
Melaksanakan
pelbagai aktiviti mendengar
·
Membina
kosa kata menggunakan gambar-gambar
·
Mengubah
suai maklumat kandungan kepada aras B2
·
Mengemukakan
pertanyaan dengan jawapan tertutup seperti ‘ya’ atau ‘tidak’
c)
Tahap Kemunculan Ujaran
Penutur B2 pada tahap ini boleh berkomunikasi menggunakan
frasa dan ayat yang mudah kerana mereka sudah memperoleh beratus-ratus
perkataan. Penutur B2 sudah boleh bertanyakan soalan yang mudah dan mungkin
boleh memulakan perbualan dengan rakan. Penutur juga didapati boleh memahami
cerita pendek yang dibacakan kepada mereka dengan bantuan gambar. Siti Hajar
Abdul Aziz (2009) telah mengemukakan beberapa aktiviti yang dapat dijalankan
pada tahap ini, antaranya:
·
Menyampaikan
cerita dengan sebutan yang betul
·
Melengkapkan
cerita pendek atau teks yang diubah suai berkaitan dengan isi pelajaran
·
Memadankan
perkataan dengan maknanya
·
Menulis
dan melangkapkan teka-teki
·
Mengarang
cerita pendek berdasarkan pengalaman sendiri
d)
Tahap Kefasihan Peringkat Pertengahan
Pada peringkat ini, penutur sudah mula menggunakan ayat
yang lebih kompleks apabila bertutur dan menulis kerana penutur sudah
memperoleh beribu-ribu kosa kata B2. Pada peringkat ini juga, pemahaman
terhadap bahan kesusasteraan semakin meningkat. Penutur akan menggunakan
strategi bahasa ibunda mereka untuk mempelajari kandungan dalam bahasa kedua
serta menterjemahkan tugasan mereka daripada bahasa ibunda. Penulisan mereka
pada tahap ini tidak terlepas daripada kesalahan. Oleh itu, mereka akan cuba
memahirkan diri dengan kerumitan tatabahasa dan struktur ayat bahasa sasaran.
Penutur B2 juga boleh memahami konsep yang lebih kompleks, mensintesiskan
apa-apa yang telah dipelajari oleh mereka serta membuat inferans daripada
pembelajaran tersebut.
e)
Tahap Kefasihan Peringkat Maju
Kanak-kanak boleh mencapai kefasihan bahasa ini pada umur
kira-kira 4 hingga 10 tahun. Pada tahap ini, kebanyakan penutur berminat untuk
menggunakan B2 dalam perbualan dan aktiviti pembelajaran. Penutur B2 masih
memerlukan sokongan daripada guru terutama yang berhubungan dengan isi
kandungan pelajaran.