bahasa sebagai bahasa pertama dan
kedua
Sesuatu
bahasa itu boleh menjadi bahasa pertama bagi seseorang penutur dan menjadi
bahasa kedua pula kepada seorang penutur yang lain (Zulkifley Hamid 2000).
Berikut perbezaannya:
Bil
|
Bahasa pertama (B1)
|
Bahasa kedua ( B2)
|
1
|
Individu tidak mempunyai pilihan, dia akan berusaha untuk menguasai
bahasa pertamanya untuk membolehkannya berkomunikasi dengan mereka di
persekitarannya. Dengan kata lain, semua kanak-kanak bermotivasi untuk
mengusai B1 mereka
|
Individu sendiri yang memilih sama ada beliau mahu atau tidak mahu untuk
berusaha mengusai bahasa yang selain bahasa pertamanya. Walaupun dipaksa
untuk mempelajari sesuatu B2, bukan semua pelajar akan berjaya.
|
2
|
B1 berfungsi sebagai bahasa penyatu
dan juga sebagai bahasa pemisah.
|
B2 berfungsi sebagai bahasa untuk meneroka, iaitu bagi membolehkan
individu atau negara turut serta secara aktif dalam aktiviti di peringkat
antarabangsa.
|
3
|
Pengajaran dan pembetulan tidak wujud semasa proses penguasaan B1 di
peringkat lisan.
|
Penguasaan B2 sama ada kemahiran lisan atau tulisan melibatkan pengajaran
dan pembetulan.
|
4
|
Penguasaan B1 oleh semua kanak-kanak normal sebelum mereka mencapai umur
5 tahun ialah fenomena yang lumrah.
|
Penguasaan B2 oleh para pelajar bukanlah sesuatu kemestian, tetapi kerap
kali ditentukan oleh pelbagai sebab dan akibat.
|
5
|
Yang dikuasai oleh kanak-kanak ialah bahasa dalam pengertian yang
sebenar, iaitu bahasa secara menyeluruh atau utuh.
|
Kadangkala yang dikuasai hanyalah tatabahasa sesuatu bahasa dan yang
dikuasai bergantung pada yang dipelajari.
|
6
|
Seseorang mempunyai sangkutan emosi yang kukuh pada B1nya.
|
Biasanya tidak wujud sangkutan emosi yang kukuh pada B2.
|
7
|
Penguasaan B1 pada peringkat awal kanak-kanak biasanya tidak dirancang
dan tidak berkurikulum.
|
Penguasaan B2 biasanya melibatkan perancangan yang rapi sejak mula.
|
8
|
Pengetahuan B1 seseorang sering kali bersifat tasit (sejenis pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang dan beliau tidak
dapat menghuraikan atau mengajarkan pengetahuan yang dimilikinya itu kepada
orang lain).
|
Pengetahuan B2 seseorang sering kali bersifat eksplisit (sejenis pengetahuan yang dimiliki oleh
seseorang yang dapat diterangkan dan diajarkan kepada orang lain).
|
9
|
Penguasaan kemahiran lisan seseorang penutur B1 biasanya memadai, iaitu
dapat memenuhi keperluannya untuk berkomunikasi.
|
Tidak semua pelajar B2 akan menguasai kemahiran lisan pada tahap yang
memadai, hanya sebahagian yang berjaya.
|