Definisi Pemerolehan  Bahasa Kedua

The definition of second language acquisition and learning is learning and acquisition of a second language once the mother tongue or first language acquisition is established. Second language acquisition or SLA is the process of learning other languages in addition to the native language. ( Muriel Saville – Troike, 2006)

 Menurut Puteri Roslina (2004) menyatakan bahawa “pemerolehan bahasa membawa makna penguasaan bahasa oleh seseorang secara tidak langsung dan berlaku secara aktif bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 2 hingga 6 tahun. Namun demikian, pemerolehan bahasa juga berlaku bagi orang dewasa tetapi jumlahnya tidaklah sebanyak kanak-kanak. Pemerolehan bahasa pertama dikaitkan dengan pemerolehan bahasa asli manakala B2 pula dikaitkan dengan pemerolehan bahasa asing” ( hal.433).

Siti  Hajar Abdul Aziz (2009) mendefinisikan B2 sebagai sebarang bahasa yang dipelajari selepas bahasa pertama atau bahasa ibunda manakala pemerolehan B2 merujuk kepada proses seseorang mempelajari bahasa yang selain daripada bahasa ibunda.

Menurut Cook 1991 (seperti dalam Jerie dan Zamri Mahamod, 2011) mendefinisikan B2 sebagai bahasa yang dipelajari oleh seseorang individu sebagai tambahan kepada bahasa ibunda yang sedia ada.

Kamarudin Hussin 1988 ( seperti dalam Zamri Mahamod, 2007 ) mendefinisikan B2 sebagai bahasa atau bahasa-bahasa yang dipelajari oleh seseorang di samping bahasa kandung yang diperolehnya.

Gass dan Selinker 1994 (seperti dalam Puteri Roslina, 2004) merujuk pemerolehan B2 kepada pemelajaran bahasa yang lain selain bahasa asli yang telah diperoleh.

Berdasarkan pandangan yang dinyatakan, dapat dirumuskan bahawa pemerolehan B2 ialah penguasaan bahasa selain daripada bahasa ibunda oleh seseorang secara tidak langsung yang berlaku dalam situasi kelas dan juga situasi tidak formal yang mendapat pendedahan semula jadi.