KARANGAN : LAPORAN
    

Anda merupakan seseorang pelajar jurusan ekonomi di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan dan telah diminta oleh pensyarah anda untuk menyediakan sebuah laporan tentang kepentingan langkah kerajaan menubuhkan Dana Saham Amanah seperti Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham Malaysia, Amanah Saham Wawasan, Amanah Saham Didik dan sebagainya. Anda juga diminta mendapatkan cadangan daripada pihak terlibat tentang usaha yang harus dijalankan untuk meningkatkan lagi minat orang ramai untuk melabur dalam amanah saham sedemikian. Dalam proses menyediakan laporan itu, anda telah menemu ramah beberapa orang pegawai yang terlibat dalam pengurusan dana tersebut. Sediakan laporan tersebut selengkapnya.




·         Karangan mestilah mempunyai tajuk. Tajuk mesti ditulis dengan jelas pada bahagian atas karangan. Tajuk yang ditulis itu mestilah ringkas, padat dan tepat.

·         Laporan mesti mempunyai subtajuk dan setiap subtajuk mestilah diberikan nombor dan nombor itu mestilah berurutan.

·         Karangan mestilah mempunyai pendahuluan dan penutup atau kesimpulan dan kedua-duanya juga mestilah dinomborkan.

·         Setelah tamat bahagian kesimpulan, calon mestilah mencatatkan ‘Laporan disediakan oleh’ dan diikuti tandatangan di bawahnya.

·         Senarai AJK perlu disertakan sekiranya tajuk menyatakan bahawa laporan itu seharusnya disediakan berdasarkan kajian yang dibuat oleh sebuah jawatankuasa. Sekiranya tidak dinyatakan demikian, senarai AJK tersebut tidak diperlukan.

·         Huraian bagi sesuatu subtajuk mestilah ditulis dalam satu perenggan yang panjangnya lebih kurang 90 patah perkataan.  Huraian isi karangan hendaklah lengkap seperti karangan biasa.

·         Subtajuk yang diberikan janganlah terlalu banyak. Satu subtajuk sebenarnya mewakili satu isi.







KARANGAN CONTOH 1
 

KEPENTlNGAN MENUBUHKAN DANA SAHAM AMANAH DAN LANGKAH MENlNGKATKAN SIKAP SUKA MELABUR DALAM  KALANGAN ORANG RAMAl

1.0 Pendahuluan

Sejak kebelakangan ini kerajaan menubuhkan banyak Dana Saham Amanah khususnya yang diuruskan oleh Perbadanan Nasional Berhad Antaranya ialah Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham Wawasan Amanah Saham Malaysia, dan Amanah Saham Didik. Langkah ini memberikan banyak faedah, bukan sahaja kepada perkembangan ekonorni negara, malah juga kepada syarikat yang sahamnya dibeli oleh pengurus dana berkenaan. Saya sebagai peIajar jurusan ekonomi di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan telah ditugaskan untuk mendapatkan maklumat tentang kepentingan penubuhan dana ini dan mengenal pasti langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan kesedaran orang ramai agar melabur dalam dana tersebut.

2.0 Pegawai yang ditemu bual:

1 En. lmran Amir -Pengerusi Dana Amanah Saham Q

2 Puan Amirah Arshad-Pengurus Amanah Saham Kebangsaan

3 En. Eshah Bee-Penolong Pengurus Dana Saham Amanah Melati

3.0 Kepentingan atau manfaat penubuhan Dana Saham Amanah

Berdasarkan temu bual yang telah saya adakan dengan pihak yang dinyatakan, dapat dirumuskan kepentingan penubuhan dana tersebut adalah seperti berikut:

3.1 Memupuk sikap suka berjimat dalam kalangan orang ramai.

Orang ramai boleh membeli saham amanah pada jumlah yang kecil berbanding pelaburan di pasaran biasa. Pelaburan dalam saham amanah dijamin oleh kerajaan. lni bermakna sekiranya kita membeli sesuatu unit saham pada harga seringgit, kita akan memperoleh jumlah yang sama apabila saham tersebut dibeli oleh pihak pengurusan dana, Pelaburan kita bebas daripada spekulasi yang bolehmenyebabkan kerugian. Di samping itu, pelabur juga berpeluang mendapat keuntungan melalui dividen dan bonus yang menarik yang diberikan setelah tempoh pelaburan genap setahun. lni tentunya dapat menarik minat orang ramai untuk terus melabur.

3.2 Ekonomi negara dapat berkembang.

Apabila kita melabur dengan membeli Dana Saham Amanah, secara tidak langsung kita melabur dalam syarikat yang sahamnya telah dibeli oleh pengurusan dana tersebut. Lazimnya, pihak pengurusan Dana Saham Amanah membeli saham daripada banyak syarikat yang mempunyai asas yang kukuh dan yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur. Apabila pelaburan dibuat oleh orang ramai, bermakna syarikat berkenaan memperoleh modal tambahan dan modal tersebut dapat dimanfaatkannya untuk memperkembang syarikat. Jika banyak pelaburan daripada orang ramai, bererti banyaklah syarikat yang memperoleh modal tambahan dan dengan itu ekonomi negara dapat berkembang.

3.3 Memberikan peluang kepada orang ramai untuk melabur secara kecil-kecilan.

Penubuhan dana sedemikian juga memberikan peluang kepada orang yang kurang berkemampuan untuk melabur secara kecil-kecilan dan beroleh keuntungan daripadanya. Untuk melabur dalam pasaran terbuka, seperti di BSKL, seseorang itu perlu mempunyai wang yang lebih banyak dan jumlahnya bergantung kepada harga seunit saham dan jumlah lot  yang ingin dibeli. Sebagai contoh, jika kita ingin membeli saham PROTON yang berharga RM5.20 seunit, kita perlu mengeluarkan sebanyak lebih kurang RM5 ,500 termasuk bayaran lain yang diwajibkan untuk membeli selot saham tersebut. Tidak ramai orang mampu membuat pembelian seperti itu.

4.0 Langkah menggalakkan orang ramai melabur

Demi kepentingan pelabur dan negara, masyarakat harus dipupuk dengan sikap suka melabur. Untuk mencapai tujuan itu langkah yang berikut perlu diambil.

4.1 Mengadakan kempen.

Kempen penting untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan orang ramai tentang manfaat yang diperoleh daripada pelaburan melalui Dana Saham Amanah. Kempen harus dijalankan secara berterusan dan meliputi pelbagai kumpulan masyarakat, peringkat umur, dan profesion. Di samping memberikan tumpuan kepada kumpulan pekerja, kempen juga perlu diperluas kepada golongan suri rumah dan pelajar sekolah. Mereka perlu disedarkan bahawa dengan berjimat, mereka dapat mengumpulkan wang dan wang itu boleh dimanfaatkan untuk pelaburan yang menjamin pulangan jangka panjang.

 

4.2 Menawarkan pulangan yang lebih menarik.

Keinginan untuk melabur dengan jumlah yang lebih banyak juga dapat dipupuk jika pihak pengurusan dana dapat menawarkan pulangan yang lebih menarik. Pulangan yang dimaksudkan meliputi dividen, dan bonus. Sebagai contoh, jika sesuatu saham amanah dapat mengekaIkan rekod pemberian dividen dan bonus yang tinggi untuk beberapa tahun kepada pelabur, sudah tentu lebih ramai anggota masyarakat turut berminat untuk melabur, manakala pelabur sedia ada pula lebih terdorong untuk menambahkan pelaburan. Dividen yang diberikan seharusnya jauh melebihi faedah simpanan biasa dan simpanan tetap.

5.0 Penutup

Kita patut berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana mempunyai inisiatif untuk menubuhkan pelbagai Dana Saham Amanah yang jelas memberikan banyak faedah. Penubuharnya dapat memupuk kesedaran dalam kalangan orang ramai agar berjimat dalam berbelanja dan melabur sebagai jaminan masa hadapan. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan dana harus menjalankan tanggungjawab mengurus dana tersebut  dengan jujur dan tidak mengambil kesempatan daripada kumpulan wang orang ramai. Jika pihak pengurusan tidak amanah, pertumbuhan ekonomi negara secara seluruhannya boleh terjejas. Ini akan merugikan semua pihak.

Laporan disediakan oleh

Siti
( SITI BINTI SALIM)

 


KARANGAN CONTOH 2



Anda merupakan seorang pegawai di Jabatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan telah diberikan tugas oleh ketua anda untuk membuat satu kajian tentang masalah yang dihadapi oleh golongan pesara di negara ini dalam menghadapi kehidupan selepas persaraan mereka. Kajian tersebut bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh mereka, di samping mendapatkan saranan mereka  untuk mengatasi masalah yang dihadapi itu. Sediakan laporan hasil kajian tersebut.
 


MASALAH KEHIDUPAN GOLONGAN PESARA DAN CADANGAN MENGATASINYA

1.0 Pendahuluan

Golongan pesara semakin bertambah jumlahnya di negara ini, sejajar dengan pertambahan jumlah penduduk yang berusia emas. Mereka tidak sewajarnya dibiarkan terabai kerana jasa mereka terhadap masyarakat dan negara adalah besar. Dalam usaha untuk memperbaik taraf hidup mereka, kerajaan melalui Jabatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa mengambil berat tentang kebajikan mereka. Jabatan kami diberikan tanggungjawab yang berterusan untuk meninjau masalah yang dihadapi oleh mereka. Sebagai suatu langkah untuk melaksanakan usaha yang lebih berkesan bagi mengatasi masalah mereka, saya telah ditugaskan oleh Ketua Jabatan saya untuk menemu bual sebahagian daripada mereka bagi mengesan masalah sebenar yang dihadapi oleh mereka. Yang berikut ialah laporan hasil kajian tersebut.

 2.0 Masalah yang dihadapi

2.1 Kekurangan wang untuk menampung kehidupan keluarga.

Masalah ini kebanyakannya dihadapi oleh mereka yang berpendapatan rendah, iaitu yang menerima pencen kurang daripada RM500.00 sebulan. Mereka ini umumnya terdiri daripada bekas kakitangan kerajaan yang bergaji rendah. Ada antara mereka mempunyai anak-anak yang masih bersekolah yang memerlukan jumlah perbelanjaan yang banyak. Kehidupan bertambah buruk lagi bagi pesara yang isteri mereka juga tidak bekerja. Mereka terpaksa membahagi-bahagikan wang yang jumlahnya tidak seberapa untuk pelbagai jenis perbelanjaan. Keadaan ini amat membebankan dan menyebabkan mereka tidak dapat menjalani kehidupan hari tua dalam keadaan yang selesa. Anak isteri mereka juga terpaksa menempuh kehidupan yang kurang menyenangkan.

2.2 Masalah sukar memperoleh pekerjaan.

Sesetengah pesara, sama ada lelaki ataupun perempuan masih mempunyai kekuatan fizikal yang baik walaupun mereka telah berusia lebih daripada 56 tahun. Mereka ini masih boleh bekerja dan menyumbang khidmat kepada negara. Walau bagaimanapun, tidak ramai antara mereka berpeluang untuk mendapatkan pekerjaan. Hal ini disebabkan persepsi masyarakat menunjukkan bahawa mereka yang telah lanjut usia tidak sesuai untuk terus berkhidmat menyebabkan mereka sukar untuk bekerja semula. Justeru, mereka terpaksa bergantung kepada wang pencen atau wang tabungan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sahaja. Masalah ini menyebabkan mereka sukar menambah pendapatan. Sesetengah mereka tidak mampu melakukan kerja sendiri seperti membuka perniagaan secara kecil-kecilan kerana tidak cukup wang.

2.3 Masalah kesihatan.

Memang tidak dapat ditolak hakikat bahawa semakin lanjut usia seseorang itu semakin tinggi risiko untuk diserang penyakit, terutamanya jika seseorang itu kurang mengamalkan gaya hidup sihat. Ramai juga pesara yang mengalami masalah ini. Sesetengah mereka menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, dan sakit tulang. Mereka terpaksa pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Bagi pesara yang terdiri daripada bekas kakitangan kerajaan, mereka tidak berhadapan dengan masalah yang besar kerana kebanyakan mereka boleh mendapatkan rawatan perubatan secara percuma di hospital-hospital kerajaan. Walau bagaimanapun, bagi pesara yang terdiri daripada bekas pekerja sektor swasta, sesetengahnya menghadapi masalah yang berat. Banyak wang perlu disediakan setiap bulan untuk belanja perubatan.

3.0 Langkah mengatasi masalah

3.1 Melanjutkan usia persaraan kepada 60 tahun.

Kebanyakan mereka menyarankan agar umur persaraan dilanjutkan daripada 56 tahun kepada 60 tahun. Hal ini dapat memberikan peluang kepada mereka untuk mencari rezeki yang lebih walaupun pada usia lebih separuh abad. Bagi golongan yang sihat, mereka tidak keberatan untuk meneruskan khidmat kerana menurut mereka, walaupun telah berusia, mereka masih mempunyai tenaga dan kekuatan untuk bekerja. Menurut mereka, sekurang-kurangnya mereka tidak berasa terasing dan masih mempunyai rakan setugas. Hal ini dapat mengelakkan mereka daripada berasa terlalu sunyi. Walau bagaimanapun, mereka menyarankan agar pelanjutan usia persaraan ini hanya dijadikan pilihan, iaitu kepada mereka yang bersedia sahaja. Namun begitu, kepada sesiapa yang tidak mahu terus bekerja, mereka boleh memilih untuk bersara pada usia 56 tahun.

3.2 Meningkatkan jumlah pencen bulanan.

Pada masa ini, wang pencen yang diterima oleh seseorang bekas kakitangan kerajaan yang bersara wajib berjumlah sebanyak separuh daripada gaji pokok yang diterima pada akhir perkhidmatan. Bagi mereka yang mendapat gaji akhir yang tinggi, mereka kurang bermasalah. Walau bagaimanapun, bagi yang bergaji rendah, mendapat wang pencen hanya separuh daripada gaji asal adalah membebankan, terutamanya jika mereka mempunyai tanggungan yang ramai. Jika jumlah pencen dinaikkan, bererti wang pencen bulanan juga tinggi, dan ini dapat mengurangkan beban kewangan mereka. Bagi yang tidak memilih skim berpencen, mereka menyarankan agar sumbangan majikan kepada tabungan KWSP ditingkatkan supaya sewaktu bersara, mereka dapat memperoleh wang KWSP dengan jumlah yang lebih banyak.

4.0 Penutup

Pesara merupakan suatu kumpulan penduduk yang harus dihargai dan diberikan perhatian yang sewajarnya. Mereka telah banyak memberikan sumbangan terhadap pembangunan negara sepanjang perkhidmatan mereka. Mereka juga sebenarnya merupakan warga yang menjadi pembimbing kepada generasi muda dalam segala hal, Tanpa mereka, mungkin masyarakat dan negara kita tidak mengecapi kemajuan sebagaimana yang kita kecapi kini, Jadi, sejajar dengan usaha kita mahu mewujudkan masyarakat prihatin dan penyayang, kita perlu sama-sama berusaha untuk membantu mereka mengatasi masalah yang dihadapi agar mereka dapat mengharungi hari tua mereka dengan lebih selesa.

Laporan disediakan oleh

Shalini

(SHALINI RAJ)

 


KARANGAN CONTOH 3
   

Anda menjadi pengerusi sebuah jawatankuasa bertindak untuk mengawasi masalah kesesakan lalu lintas di sebuah kawasan perbandaran yang sibuk. Jawatankuasa yang anda pengerusikan itu telah membuat tinjauan tentang punca yang menyebabkan masalah tersebut. Ahli-ahli jawatankuasa juga telah mengenal pasti kesan-kesan yang dialami oleh orang ramai akibat masalah itu. Sediakan laporan yang memaparkan hasil tinjauan jawatankuasa yang anda pengerusikan itu.

 

PUNCA DAN KESAN MASALAH KESESAKAN LALU LINTAS DI BANDAR DAMAI

1.0 Pendahuluan

Bandar Damai merupakan sebuah bandar yang letaknya tidak begitu jauh dari Bandaraya Aman. Bandar ini mengalami pembangunan yang pesat sejak kebelakangan ini kerana kawasannya yang strategik untuk pelbagai jenis kegiatan, termasuk perniagaan, pentadbiran, pendidikan, dan pelancongan. Kesan daripada kepesatan pembangunan yang amat dirasai oleh penduduk di bandar ini ialah kesesakan lalu lintas, terutamanya pada waktu puncak, iaitu pada waktu pagi dan petang, ketika orang ramai pergi dan pulang bekerja. Sebagai pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Penduduk Bandar Damai, saya telah menyarankan agar satu tinjauan, dan seterusnya laporan, dibuat untuk mengenal pasti punca sebenar yang menyebabkan masalah tersebut dan kesan yang dialami oleh orang ramai akibat masalah itu.

2.0 Ahli J awatankuasa:

Ahmad bin Abu (Pengerusi)

Mutusamy all Sivadurai (Setiausaha)

Jalaluddin Abas

TanAh Siew

Ramlah Basri

 

3.0 Punca kesesakan

3.1 Peningkatan jumlah kenderaan.

Jawatankuasa kami mendapati bahawa punca utama kesesakan lalu lintas di Bandar Damai ini ialah pertambahan jumlah kenderaan dengan begitu banyak. Daripada kajian yang kami jalankan, kami mendapati bahawa kebanyakan rumah penghuni mempunyai lebih daripada sebuah kenderaan. Bayangkan jika setiap kenderaan tersebut berada di jalan raya pada waktu yang sama tentunya kita dapat menggambarkan keadaan kesesakan lalu lintas yang berlaku. Penduduk pula lebih suka menggunakan kenderaan mereka sendiri untuk pergi bekerja atau menghantar anak-anak ke sekolah kerana cara itu dianggap lebih selamat. Pertambahan ini juga ada kaitannya dengan pertumbuhan kawasan perumahan di sekitar Bandar Damai sejak hampir sedekad yang lalu. Dalam pada itu, walaupun penduduk dan jumlah kenderaan bertambah, tetapi jalan raya tidak diperbesar atau tidak disediakan laluan altematif. Hal ini menyebabkan kenderaan berpusu-pusu pada laluan yang sama. Keadaan menjadi bertambah buruk lagi apabila Bandar Damai sendiri kini menjadi pusat pelbagai kegiatan ekonomi yang menarik kedatangan ramai orang, sama ada untuk tinggal di sini atau berurusan dengan pihak tertentu.

3.2 Jalan mengalami kerosakan.

Jalan yang rosak dan selalu dikorek juga merupakan salah satu daripada punca kesesakan lalu lintas di Bandar Damai. Seperti yang telah dikatakan, kebanyakan jalan yang terdapat di bandar ini ialah jalan yang telah dibina sepuluh atau lima belas tahun yang lalu. Jalan tersebut keeil dan sempit, tetapi dilalui oleh banyak kenderaan termasuk kenderaan berat. Hal ini menyebabkan jalan selalu mengalami kerosakan, iaitu peeah dan berlopak-lopak. Keadaan menjadi bertambah teruk apabila tiba musim tengkujuh. Dalam pada itu, jalan tersebut juga selalu dikorek oleh pihak tertentu untuk menanam kabel dan saluran paip. Kerja-kerja pengorekan mengambil masa yang panjang, dan dalam kebanyakan keadaan selalu pula dibiarkan begitu sahaja.

3.3 Sikap negatif pemandu.

Sikap pemandu juga boleh dipersalah dalam hal ini. Kebanyakan pemandu tidak sabar untuk sampai ke destinasi. Walaupun mereka menyedari bahawa jalan sempit dan kenderaan banyak, mereka tidak mematuhi peraturan jalan raya. Mereka memandu di lorong paling kiri yang biasanya diperuntukkan bagi penunggang motosikal, kemudian menghimpit dan memotong kenderaan lain yang berbaris panjang di laluan sebelah tengah atau kanan apabila tiba di tempat lampu trafik atau di sesuatu persimpangan. Hal ini boleh menyebabkan kesesakan. Kesesakan akan menjadi bertambah buruk apabila berlaku kemalangan kecil. Masing-masing tidak mahu mengalah, dan kadang-kadang mereka bertengkar untuk menyelesaikan masalah di tempat kemalangan.

4.0 Kesan kesesakan lalu lintas

4.1 Membazirkan masa.

Pembaziran masa merupakan kesan kesesakan yang tidak dapat dinafikan. Kalau perjalanan dalam jarak lingkungan 10 - 20 kilometer mengambil masa selama satu jam, maka hal ini amat merugikan. Pemandu yang umumnya terdiri daripada pekerja pelbagai sektor, baik awam ataupun swasta terpaksa membazirkan masa sekurang-kurangnya dua jam sehari, iaitu sejam untuk pergi ke tempat kerja, dan sejam lagi untuk pulang ke rumah. Jika ada 20,000 orang pekerja, bererti sebanyak 40,000 jam masa terbuang begitu sahaja dalam sehari. Jumlah tersebut juga semakin bertambah apabila hari hujan, suatu keadaan yang menyebabkan kesesakan menjadi semakin teruk. Masa yang terbazir itu boleh dimanfaatkan untuk melakukan banyak pekerjaan lain yang berfaedah.

4.2 Menyebabkan tekanan.

Sesiapa juga akan berasa tertekan apabila terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang sedemikian lama. Perasaan marah akan timbul, terutamanya terhadap pemandu yang suka mengambil kesempatan dengan memotong barisan. Apabila seseorang itu sudah terlewat, perasaan eemasnya akan menyebabkan dia terburu-buru, dan ini seterusnya dapat mengundang bahaya kemalangan, Tekanan kerana tersekat di jalan raya juga boleh terbawa-bawa hingga ke pejabat, menyebabkan seseorang itu tidak dapat menumpukan perhatian ke- pada pekerjaannya setibanya mereka di pejabat. Secara tidak langsung, tekanan emosi yang sedemikian boleh menjejaskan prestasi kerja seseorang.

 

5.0 Penutup

Kesesakan lalu lintas merupakan satu masalah yang tidak wajar dibiarkan kerana banyak kesan negatif timbul daripadanya. Jika ramai orang sering terperangkap dalam kesesakan di jalan raya dan mengalami tekanan serta terpaksa pula membazirkan masa, maka produktiviti penduduk seeara keseluruhannya akan terjejas. Hal ini amat merugikan. Berlandaskan kajian yang telah kami jalankan ini, kami berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang berkesan dengan segera. Dalam pada itu, para pengguna juga mestilah bekerjasama dengan mengubah sikap, iaitu mereka mestilah berdisiplin di jalan raya dan memandu dengan mematuhi peraturan bak kata pepatah biar lambat asalkan selamat. Jika semua pihak bekerjasama, nescaya masalah ini dapat dikurangkan.

Laporan disediakan oleh

Shantini

(SHANTINI NAVIN)

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bandar Damai.