FAKTOR-FAKTOR DALAM PEMBELAJARAN
BAHASA KEDUA
Faktor
Psikologi
(
mempertimbangkan pemprosesan intelektual)
|
·
Eksplisasi
·
Induksi
·
Daya ingatan
·
Motor
|
Faktor
sosial
(
mempertimbangkan dua situasi)
|
·
Semulajadi
·
Bilik darjah
|
FAKTOR PSIKOLOGI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA KEDUA (B2)
·
EKSPLISASI
Cara eksplisasi ialah satu cara apabila struktur dan
peraturan B2 dijejaskan kepada para pelajar dengan menggunakan bahasa
ibundanya. Namun demikian, bukan semua B2 dapat dipelajari secara eksplikasi
kerana dalam sesetengah bahasa terdapat beberapa peraturan sintaksis yang
sangat rumit dan abstrak untuk difahami oleh pelajar. Cara ini boleh digunakan
untuk mengajar orang atau kanak-kanak yang lebih dewasa kerana terdapat juga
struktur dan peraturan B2 yang mudah. Contohnya, penutur Korea yang telah
dewasa yang belajar bahasa Inggeris boleh diberitahu bahawa dalam bahasa
Inggeris terdapat kata bilangan untuk membolehkan sesuatu penanda jamak
ditambah apabila lebih daripada satu objek terdapat dalam ayat (Noor Aina Dani,
2007). Kelebihan cara ini ialah, seseorang dapat mempelajari B2 dengan cepat
melalui cara eksplikasi berbanding cara induksi kerana cara induksi memerlukan
pendedahan yang berulangkali terhadap makna yang bersesuaian dengan perkataan,
frasa atau ayat.
·
INDUKSI
Cara induksi merupakan cara apabila struktur dan
peraturan B2 dipelajari melalui penemuan kendiri (self-discovery). Melalui cara ini, kanak-kanak yang terdedah kepada
peraturan B2 dan mengingati sesuatu yang pernah didengarnya akan dapat
menganalisis dan memahami generalisasi atau peraturan asas B2. Pelajar pula
dikehendaki memikirkan peraturan B2 berdasarkan peraturan yang telah
didengarnya, serta cuba mengaplikasikan peraturan itu ke dalam situasi yang
lain.
Selain
itu, pelajar juga dapat memahami struktur B2 yang rumit seperti pronominalisi
(kata sifat atau sebagai kata ganti). Pelajar dapat mempelajari
pronominalisasi, nafian atau kata jamak melalui cara induksi.
·
DAYA INGATAN
·
KEMAHIRAN MOTOR
Dalam pembelajaran sesuatu bahasa asing keupayaan
seseorang untuk mengawal alat-alat pertuturannya serta sebutan yang betul sangat
penting. Dalam hal ini, sewaktu seseorang hendak bercakap, alat pertuturannya
akan dikawal dengan betul bertepatan dengan masa pertuturan terutama jika
seseorang berhasrat untuk menjadi penutur B2 yang fasih. Kemahiran motor yang
berkaitan dengan pertuturan patut dilatih sewaktu usia seseorang masih muda
kerana keupayaan memperoleh kemahiran-kemahiran motor yang baru akan mula
merosot di sekitar umur 10 hingga 12 tahun. Sebagai contoh, terdapat
kanak-kanak B2 yang fasih seperti penutur jati bahasa tersebut, tetapi lebih
jarang orang dewasa yang dapat mencapai tahap yang sama. Didapati bahawa,
walaupun orang dewasa telah menguasai aspek-aspek B2 yang lain, namun dia tidak
dapat memperoleh pengucapan B2 yang sempurna.
FAKTOR SITUASI SOSIAL DALAM PEMBELAJARAN
BAHASA KEDUA (B2)
- SITUASI SEMULA JADI
Noor Aina Dani (2007) menyatakan bahawa pembelajaran B2
secara semula jadi sama dengan pembelajaran bahasa yang berlaku dalam
komunikasi sehari-harian dan bebas daripada tunjuk ajar guru. Pembelajaran
seperti ini tidak seragam kerana setiap individu mempelajari B2 mengikut cara
masing-masing. Misalnya, seseorang imigran dari luar negera yang menetap di
negara lain akan mempelajari B2 melalui interaksi dengan penduduk asli atau
pergi ke sekolah atau bertemu di tempat-tempat umum. Walaupun tinggal di luar
negara di tempat B2 itu digunakan belum tentu menjamin penguasaan B2 dalam
kalangan seseorang.
Dalam
situasi sosial semulajadi ini seseorang pelajar tidak didesak untuk mencapai
peringkat kemahiran yang memuaskan serta tiada tekanan dari luar untuk
memanfaatkan segala potensi bahasa dalam pembelajaran B2 yang semulajadi.
Pelajar mengambil sikap yang berlainan terhadap bahasa kerana kurang
mementingkan aspek-aspek bahasa. Hal ini demikian kerana pelajar hanya memberi
perhatian kepada komunikasi dan isi ujaran. Pelajar B2 juga berpeluang untuk
menggunakan bentuk bahasa atau topik perbincangan yang kurang diketahuinya.
Cara ini merupakan
strategi penguasaan B2 secara pragmatik, iaitu sesuai dengan tujuan, situasi
dan peserta. Cara pemerolehan B2 adalah sama seperti pemerolehan bahasa
ibundanya iaitu pelajar terdedah kepada objek, keadaan dan peristiwa hidup
harian yang ada kaitan dengan B2 dan hal ini tidak diajarkan di dalam bilik
darjah. Misalnya, seseorang yang berhijrah ke negara baru, pemerolehan B2nya
bukan melalui pengajaran eksplisit tetapi melalui interaksi sosial dengan rakan
sebaya yang menuturkan B2 itu. Dalam hal ini, penerimaan rakan sebaya penting
untuk pembelajaran B2 kerana tanpa faktor ini, pembelajaran B2 dalam situasi
semula jadi tidak akan sempurna.
- SITUASI
BILIK DARJAH
Melalui cara ini, seseorang pelajar mempelajari B2
daripada bahan-bahan dan latihan yang dirancang oleh guru. Guru menentukan
bahan dan latihan berdasarkan tahap kesukaran yang difikirkan sesuai untuk
pelajarnya. Dalam situasi ini, bahan dan strategi yang digunakan berhasil jika
situasi pembelajaran menguntungkan pelajar di samping tidak membantutkan
kemajuan B2nya. Menurut kajian Klein (seperti dalam Noor Aina Dani, 2007)
menyatakan bahawa pembelajaran jenis ini kurang atau tiada tekanan dari luar
untuk memanfaatkan bahasa yang telah dipelajari.